World Cup 2006 Final: Italy vs France

Mo hampir 1 bulan sudah since World Cup 2006 ni start. The biggest sporting event in the world will laid down its curtain on Sunday, 9th June 2006 at Berlin with the final showcase beetwen Italy and France. Italy will be looking foward to win their 4th World Cup Title to become the only nation that has won more than three title with the exceptional of Brazil who won it five times. Tapi Brazil awal-awal lai uda out. Team yang kasih singkir derang dipusingan Suku-Akhir ialah France. France telah membuktikan yang derang masih kuasa besar bola sepak dunia dengan mengejutkan banyak pihak. Dua kemenangan bergaya keatas Spain (pusingan ke-2) dan Brazil (Suku akhir) menyatakan yang mereka, walaupun dibarisi oleh ramai pemain yang sudah berusia, masi boleh bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi. Perlawanan ini mengingatkan sia kepada final Piala Eropah, 6 Tahun lalu, di Belgium dan Holland. Perlawanan akhir menemukan France sebagai juara bertahan Piala Dunia 1998 menentang pasukan Italy. France menang melalui Gol masa tambahan yang di jaringkan oleh David Trezeguet. Kemenangan ini membolehkan France mencipta rekod tersendiri apabila menjadi negara pertama yang memenangi kejuaraan berganda iaitu Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000.

France, yang kembali di benua Asia pada tahun 2002, bagaimanapun gagal dalam usaha mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di negara sendiri apa bila kalah mengejut kepada pasukan pendatang baru ketika itu, Senegal. Kekalahan ini diikuti dengan keputusan yang amat mengecewakan sehinggakan rekod Juara bertahan pertama yang gagal menjaringkan gol dalam piala dunia. France tersingkir awal. Piala Dunia kali ini tidak meletakkan France sebagai "front-runner" untuk memenangi Piala Dunia kerana persembahan hambar mereka pada Piala Dunia 2002 di Korea/Japan. Walaupun diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan yang di anggotai oleh Korea, Switzerland dan pendatang baru, Togo, France nyaris mengulangi persembahan hambar mereka di Asia apabila memulakan kempen Piala Dunia 2006 dengan seri 0-0 dengan Switzerland. Kedudukan France semakin tergugat apabila seri 1-1 dengan Korea Selatan. Namun, kemenangan 2-0 ke atas Togo dan kekalahan Korea Selatan ditangan Switzerland, memastikan France layak ke pusingan ke-2. Spain, menanti France di pusingan ke-2. Ramai yang beranggapan France akan tersingkir bila bertemu dengan Spain, namun kemenangan 3-1 ke atas Spain, walaupun ketinggalan 1-0 pada suatu ketika, menjadikan France sebagai Favourite untuk mencabar Piala Dunia kali ini. Laluan Suku Akhir, bukannya mudah. Juara 5 Kali Piala Dunia dan Juara bertahan, disamping pasukan Favourite ramai peminat, Brazil menanti. Namun, France menghancurkan impian Brazil untuk membalas dendam kekalahan mereka pada final Piala Dunia 1998, dengan kemenangan tipis 1-0. Kemenangan ini melayakkan France untuk beraksi ke pusingan Separuh Akhir Menentang pasukan Portugal. Satu lagi kemenangan tipis (1-0) yang dihasilkan oleh kapten mereka, Zinedine Zidane membolehkan France beraksi di peringkat Akhir.

Lawan mereka, Italy masih meratapi kekalahan melalui sepakan penalti pada pusingan suku akhir di Piala Dunia 1998, diikuti dengan kekalahan, hasil Jaringan Emas, David Trezeguet pada final Piala Eropah 2000. Di Korea/Japan, mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua tetapi dikejutkan oleh Korea Selatan hasil jaringan Ahn Jung Hwan dan Italy menyalahkan pengadil dari Ecuador, Byron Moreno. Di Portugal, Piala Eropah 2004, Italy gagal melepasi pusingan pertama. Italy menghadapi laluan yang "tricky" didalam saingan peringkat kumpulan Piala Dunia kali ini, bila diundi bersama-sama pasukan Czech Republic, USA dan "debutant" Ghana. Italy bagaimana pun selesa memulakan kempen piala dunia kali ini dengan menweaskan Ghana 2-0. Namun seri dengan USA 1-1 mengharuskan Italy untuk menewaskan pasukan Czezh Republic. Italy berjaya melakukannya dengan menewaskan Czech dengan 2-0. Pusingan kedua menemukan Italy dengan Australia, pasukan "dark horses" yang dipimpin oleh "mastermind" kejayaan Korea Selatan pada Piala Dunia 2002, Guus Hiddink. Australia memberikan tentangan yang sengit sebelum tunduk kepada jaringan Francessco Totti untuk menjadikan keputusan 1-0. Kegusaran Italy, belum reda apabila terpaksa pula bertemu dengan satu lagi "surpired team", Ukraine yang membariskan penyerang paling berbisa di Eropah dan Italy, Andrei Shevchenko. Namun Italy dengan mudah menjinakkan Ukraine dengan kemenangan 3-0. Walaubagaimana pun satu lagi tugas sukar yang menanti Italy. Menentang pasukan tuan rumah, Germany. Kedua-dua pasukan terkenal dengan pertahanan kental dan ini terbukti apabila kedua-dua pasukan ini terikat 0-0 pada 90 minit perlawanan. Perlawanan berlarutan 0-0 pada masa tambahan "Silver Goal" hinggalah 2 minit terakhir apabila 2 gol dari Fabian Grosso dan Alessandro Del Piero menghancurkan semangat pasukan German menjadikan kedudukan 2-0. Italy akan bertemu dengan pasukan France pada perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2006 di Berlin.

Fakta Ringkas Pasukan (dari mata dan pengamatan sia)
France
- Jurulatih: Raymond Domenech
- Kapten: Zinedine Zidane (10) (Real Madrid)
- Key Player: Zinedine Zidane, Claude Makelele, Franck Ribery & Thierry Henry
- France akan mengharapkan Zidane untuk membuka permainan dari bahagian tengah, dan memberi ruang kepada Thierry Henry untuk mencipta peluang. Kekuatan France pada pandangan sia ialah midfield. Umpanan bijak dari midfield akan membolehkan Henry menjaringkan gol, namun terdapat sedikit kesukaran sekiranya pasukan France terus mengharapkan Henry berseorangan di bahagian atas. Makelele bertugas sebagai benteng pertama sebelum barisan pertahanan. Tackle yang keras dan berkesan adalah aset Makelele. Ribery yang dilabel sebagai "The Next Zidane" gemar melakukan larian-larian dan kawalan bola yang mengelirukan dan mampu menjaringkan gol.
- France menewaskan Italy pada perlawan akhir terakhir mereka di Piala Eropah 2000.
- Kebanyakan pemain Italy berdepan dengan masalah apabila 4 kelab ternama Italy (Juventus, AC Milan, Lazio dan Fiorentina) menghadapi pertuduhan mengatur perlawanan.

Italy
-Jurulatih: Marcelo Lippi
- Kapten: Fabio Canavarro (5) (Juventus)
- Key Player: Fabio Canavarro, Francessco Totti, Gianluigi Buffon
- Italy memiliki pertahan yang paling kental dalam Piala Dunia kali ini bila mana hanya terbolos 1 gol, itupun melalui jaringan pemain sendiri. Walaupun tanpa Alessandro Nesta, Marco Materazzi menjalan tugas dengan amat baik, berpasangan dengan kapten, yang mengamalkan "attitude Never Say Die", Canavarro. Italy juga memiliki serangan yang merbahaya dengan Luca Toni (penjaring terbanyak Serie A), Alberto Gillardino, Alessandro Del Piero, Filippo "Pippo" Inzaghi dan Vincenzo Iaquinta. Totti yang digugurkan pada beberapa perlawanan awal kembali menjadi perancang pasukan Italy. Namun kekuatan Italy juga terletak di tangan penjaga gol, Gianluigi Buffon. Rated as one of the best goalie in the world, he is keen to prove why the was rated so highly.
- Italy sentiasa memenangi Piala Dunia setiap 12 tahun sejak tahun 1970. (1970, 1982. Maybe 2006???)
- Italy ingin membalas dendam diatas kekalahan pada final Piala Eropah 2000.

My Prediction:
Dari pengamatan sia, Kalau sia cakap berapa jaringan gol susah juga, tapi kalau kana suruh juga cakap, sia akan agak gol yang dijaringkan ialah 1-0 atau 2-1. Tapi kalau Italy dapat score dalam 15-20 minit pertama perlawanan, Italy mungkin (MUNGKIN) akan menang dengan kelebihan 2 atau 3 gol instead of 1. Kalau France Score dalam 1st Half and bertahan sambil kadang-kadang menyerang, France akan menang tipis. Sia tidak tau tapi sia rasa, pemain midfield yang akan menjadi penentu. Mungkin pemain midfield dari kedua-dua team akan menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan masing-masing. Kalau perlawanan ni masuk penalti, Sia rasa Italy akan menang, berdasarkan Form yang ditunjukkan oleh Gianluigi Buffon.

So Ramalan sia untuk Pemenang: ITALY (ekekekekeke)

P/s: Sia minta siapa-siapa yang betting untuk World Cup kali ni supaya JANGAN jadikan ramalan sia ni sebagai panduan. Ni cuma sekadar suka-suka saja.So, kalau ramalan sia nie silap, and kamu kalah betting pasal ikut ni ramalan, sia TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP, sebab sia sindri pun tidak betting. So sepa-sepa yang ikut nie post, FOLLOW WITH YOUR OWN RISK!!!

Bookmark the permalink.